NOVEMBER 2023

Majlis Jamuan Tahunan Iem Cawangan Sarawak


KUCHING,  10 Nov. - Premier Sarawak YAB Datuk Patinggi Abang Johari Bin Tun Abang Haji Openg telah hadir ke Majlis diatas bertempat di sebuah hotel di Kuching. 

YAB Premier Sarawak antara ucapan amanat beliau merakamkan terima kasih diatas sumbangan para jurutera Sarawak dalam membantu  membina infrastruktur di seluruh Sarawak

Katanya lagi, beliau mempelawa semua jurutera untuk bersama kerajaan Sarawak menjayakan dasar PCDS2030 khusnya perubahan kepada era baharu Teknologi Hijau dan mencapaikannya

Tambahnya lagi, Kerajaan Sarawak akan membantu Institute Engineering Malaysia( IEM )Sarawak dengan mencari tanah dan peruntukan untuk mereka membina sebuah pusat data di Sarawak.

Diakhir majlis, beliau menyampai Anugerah IEM Malaysia kepada pelajar cemerlang dari  IPT Awam yang berada di Sarawak

Turut hadir, Timbalan Premier Sarawak, YB Datuk Amar Douglas Uggah ak Embas, YB Datuk Amar Prof Dr Sim Kui Hian, YB Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Kerja Raya Malaysia, Ybhg Prof Ir Norlida bt Buniyamin Presiden IEM Malaysia, YBhg Ir Stephanie Sim Hui Kheng dan kenamaan lain.

Sumber dari : Sarawakku